Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri 750 kg pisang, 130 kg nanas ditahan di Bukit Kayu Hitam

750 kg pisang, 130 kg nanas ditahan di Bukit Kayu Hitam

oleh Ammar Haziq

KEDAH – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk buah pisang dan nanas berjambul tanpa permit yang sah apabila menahan sebuah lori dari Thailand di Kompleks ICQS Kota Putra Durian Burung.

Menurut Pengarah MAQIS Negeri Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh pegawai MAQIS, mendapati 43 bakul pisang seberat 750 kilogram dan 13 bakul seberat 130 kilogram nanas berjambul.

Kesemua barang dagangan tersebut dianggarkan bernilai RM 1576.60 ditahan untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan permit import yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS.

Katanya lagi, kegagalan untuk mengemukakan permit import yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama.

Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa di semua pintu masuk negara bagi keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan aspek biosekuriti negara terjamin.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Perhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com