Monday, 6, May, 2024
Utama Negeri Juadah raya hilangkan ‘rindu’ Aidilfitri barisan hadapan negara

Juadah raya hilangkan ‘rindu’ Aidilfitri barisan hadapan negara

oleh Ammar Haziq
Dzowahir (dua kanan) hadir menyerahkan sumbangan juadah raya kepada anggota keselamatan negara di Sekatan Jalan Raya Tol Alor Setar Utara hari ini.

ALOR SETAR – Ketua Bersatu Bahagian Alor Setar, Dzowahir Abdul Ghani tampil menyerahkan juadah hari raya kepada barisan hadapan negara di Sekatan Jalan Raya (SJR) Tol Alor Setar Utara, SJR Tol Alor Setar Selatan dan SJR Tol Kota Sarang Semut pada hari ini.

Menurutnya, juadah dihulurkan bagi meraikan anggota keselamatan negara yang bertugas pada hari raya Aidilfitri menjaga keselamatan di sempadan daerah ini.

“Kami sediakan 30 bungkusan juadah hari raya ni termasuklah kuih-kuih ketupat serunding supaya kita sama-sama dapat beraya dan supaya keadaan ni dapat dirasai oleh semua anggota dalam suasana hari raya terutama apabila kita sama-sama datang beraya dengan mereka,

“Mereka tidak dapat beraya di rumah kerana dipanggil untuk bertugas, kita pun kenalah bersama-sama meraikan supaya dapat juga anggota barisan hadapan negara merasai nikmat suasana aidilfitri ini,” katanya pada sidang akhbar di SJR Tol Alor Setar Utara pada hari ini. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com