Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Padah curi hasil kebun getah penduduk kampung

Padah curi hasil kebun getah penduduk kampung

oleh Ammar Haziq
Video suspek dibelasah yang tular.

Polis Daerah Padang Terap telah mengesan dua video masing-masing berdurasi 30 saat telah dimuat naik oleh pemlik akaun Twitter Nan Manjoi8715 pada jam 2.26 petang pada Selasa.

Video tersebut memaparkan kejadian
dipercayai seorang lelaki dibelasah akibat mencuri hasi kebun getah milk individu lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan Mulkiaman Manzar, hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut telah berlaku pada jam 8.10 malam pada Isnin di tepi jalan Kampung Nai Teh, Kuala Nerang.

“Terdapat satu laporan polis bersabit kes curi tersebut seperti mana Kuala Nerang Repot 2200/22 berhubung kejadian tersebut. Suspek telah diserahkan oleh orang awam kepada pihak polis dalam keadaan tercedera dibeberapa bahagian badan.

“Pihak polis telah membuat laporan tangkapan semula sepertimana Kuala Nerang Repot 2201/22. Kes disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Suspek telah dirujuk kepada pihak hospital disebabkan kecederaannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, dua laporan polis telah diterima berkaitan dengan kes yang dtularkan.

Menurut Mulkiaman, dua kertas siasatan telah dbuka dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaa Khianat Dengan Api dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan Mendatangkan Kecederaan.

“Orang ramai dan masyarakat setempat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan dan menyebarkannya kerana kes masih di dalam siasatan pihak polis,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com