Monday, 29, April, 2024
Utama Nasional Siasatan polis terhadap Sanusi bukan dendam politik

Siasatan polis terhadap Sanusi bukan dendam politik

oleh Ammar Haziq
Saifuddin Nasution.

POKOK SENA – Siasatan yang dilakukan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bukanlah satu tindakan yang dilakukan atas dasar dendam politik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara tersebut dilakukan mengikut lunas undang-undang dan profesional oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, siasatan terhadap Sanusi dilakukan susulan ucapan pemimpin berkenaan yang didakwa menimbulkan keresahan kepada banyak pihak.

“Kalau siasatan itu akan selesai, report polis akan diserahkan kepada Peguam Negara, kalau kata siasatan dianggap mencukupi barulah proses pendakwaan, kalau tidak cukup (bukti atau lengkap siasatan), peguam negara akan hantar kepada pihak polis, Jadi, biar mereka buat kerja dulu.

“Kita tidak perlu komen dendam politik, tidak timbul benda itu, Apa yang jelas berlaku (adalah) di pihak (Menteri Besar), sebelum siasatan padam, ubah atau pinda perlembagaan, selepas dipanggil polis, (beliau cakap) saya tidak kata pinda perlembagaan, toksah (jangan) lah (seperti), stick to one statement sahaja, kata atau tidak, gesa atau tidak, (biar) dok tang tu, (dan) biar polis siasat,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikianpada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi, Pokok Sena.

Dalam perkembangan sama, beliau yakin bahawa Menteri Besar Kedah itu akan memberikan kerjasama yang baik kepada siasatan yang dijalankan.

Pada Rabu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Sanusi berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merakam percakapan Menteri Besar Kedah itu di Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Pada 29 Mei lepas, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan beliau mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com