Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri 44 pendaki terperangkap di Air Terjun Telaga Tujuh

44 pendaki terperangkap di Air Terjun Telaga Tujuh

oleh Ammar Haziq
Bomba dan polis sedang membantu mengeluarkan di tempat kejadian. FOTO
POLIS

LANGKAWI, 16 OKT – Seramai 44 pendaki terperangkap di Air Terjun Telaga Tujuh, di sini hari ini.

Difahamkan, kumpulan pendaki berusia 30 hingga 40 tahun itu terperangkap berikutan cuaca buruk disebabkan hujan lebat serta kepala air yang mencetuskan arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.36 pagi memaklumkan mengenai kejadian terbabit.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan 13 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan pemeriksaan mendapati lebih 40 individu terperangkap di kawasan air terjun terbabit.

“Pasukan operasi menyelamat melakukan tindakan dengan membuat ikatan tali untuk memudahkan anggota menyeberang sungai menuju ke lokasi mangsa terperangkap,” katanya.

Menurutnya, cuaca dilaporkan hujan namun kerja-kerja menyelamat berjalan lancar dan mangsa dapat dibawa keluar dari kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com