Sunday, 5, May, 2024
Utama Nasional PM sembah ucapan tahniah kepada Agong

PM sembah ucapan tahniah kepada Agong

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, hari Ini.

Perdana Menteri mewakili Kerajaan Perpaduan turut mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Seri Paduka; Raja Permaisuri Agung, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat serta hidayah dan berada dalam keadaan sihat, sejahtera serta penuh kedaulatan.

“Semoga baginda kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara.

“Seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara yang tercinta,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook rasmi beliau malam ini.

Anwar berkata, beliau dan seluruh rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi Raja Berperlembagaan. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com