Friday, 3, May, 2024
Utama Nasional Tekanan pembangkang tidak jejaskan kerajaan Perpaduan

Tekanan pembangkang tidak jejaskan kerajaan Perpaduan

oleh Ammar Haziq
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan terdapat cabaran serius terhadap pegangan kuasa kerajaan Perpaduan ketika ini.

Ini kerana katanya, gabungan parti komponen dalam kerajaan Perpaduan mempunyai majoriti dua per tiga.

“Mereka (pembangkang) boleh memberi sedikit tekanan, tetapi ia tidak akan menjejaskan kedudukan kerajaan terkini.

“Saya bukan lagi ketua pembangkang dan saya perlu menyampaikan, ia memerlukan banyak kesabaran dan lebih toleransi terhadap kritikan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai keyakinan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.

Anwar berkata, rakyat masih bersama Kerajaan Perpaduan dan mereka seakan tidak percaya bahawa kerajaan sekarang boleh menguruskan negara dengan baik.

Merujuk kepada tindakan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, yang memukulnya pada 1998, Anwar berkata, pada malam itu beliau teruk diserang.

“Saya memikirkan ibu bapa, isteri Datuk Seri dr Wan Azizah Ismail dan keluarga selain saya berfikir mungkin tidak akan bertahan,” katanya.

Serangan itu menyebabkan matanya lebam kehitaman yang kemudian disesuaikan diguna sebagai lambang PKR.

Abdul Rahim dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 atas kesalahan itu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com