Wednesday, 22, May, 2024
Utama Nasional PM solat Jumaat bersama rakyat di Cheras

PM solat Jumaat bersama rakyat di Cheras

oleh Ammar Haziq

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama lebih 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras di sini.

Beliau yang tiba di masjid itu pada jam 1.25 tengah hari, disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Perdana Menteri kemudian menyertai jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Falsafah Pensyariatan Ibadah Haji’ sempena Aidiladha yang akan disambut 29 Jun ini, sebelum menunaikan solat Jumaat.

Selesai solat, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama pengurusan masjid dan jemaah serta kanak-kanak di situ.

Terdahulu, Anwar makan tengah hari bersama rakyat setempat di Restoran Ros Sari yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com