Sunday, 5, May, 2024
Utama Politik PRN : saranan Sanusi’manis di bibir sahaja’ – Mahdzir

PRN : saranan Sanusi’manis di bibir sahaja’ – Mahdzir

oleh Ammar Haziq

PENDANG – “Diibaratkan seperti ‘manis kata di bibir sahaja’,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata demikian mengulas saranan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar semua pihak memasuki Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebagai ‘anak jantan’ dengan tidak menggunakan aset dan agensi kerajaan.

Menurutnya, pandangan Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) itu disifatkan sebagai hanyalah satu ‘momokan’ berlebihan.

“Saya ingat kita tidak payah cerita pasal (guna harta kerajaan) yang terlalu terlalu (bermotif) nak pengasing-pengasing kerajaan ini, kita masuk pilihan raya. Kita Kerajaan Persekutuan, awak Kerajaan Negeri, Itu sahaja, kita masuklah, (dan) kita perlu profesional, (untuk) kita masuk (PRN).

“Kita tidak payah sangat hendak ungkit, tidak payah sangat nak mengata, kita tidak payah sangat nak guna emosi, kaedah politik ekstrem yang melampau ini kita tak perlu guna,” katanya pada sidang media pada hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan taklimat persiapan Pilihan Raya Negeri DUN Sungai Tiang di Pejabat UMNO Bahagian Pendang, pada Jumaat.

Jelas Pengerusi UMNO Kedah itu, beliau yakin pengundi di Kedah kini berada pada landasan serta naratif yang jelas dalam memilih pihak yang benar-benar akan membawa suara mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurutnya, kebanyakan daripada mereka difahamkan telah tersilap dalam membuat keputusan memilih calon dan parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 November lalu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com