Friday, 3, May, 2024
Utama Negeri Empat sekeluarga maut, dua parah kereta langgar treler

Empat sekeluarga maut, dua parah kereta langgar treler

oleh Ammar Haziq

KULIM – Empat sekeluarga maut dan dua lagi parah selepas kereta Perodua Bezza yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah treler di Jalan Kulim Baling, Padang Meha, dekat sini pada petang Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim tiba di lokasi untuk melakukan operasi penyelamatan selepas menerima panggilan pada jam 4.06 petang.

“Enam mangsa dalam kereta terbabit yang mana empat daripadanya dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian selepas disahkan oleh pegawai perubatan Dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa yang meninggal adalah seorang lelaki dewasa berusia 32 tahun, wanita dewasa berusia anggaran 30 tahun dan 59 tahun serta seorang bayi perempuan berusia lingkungan lapan bulan.

“Dua lagi kanak-kanak berusia lingkungan dua dan enam tahun dipercayai cedera parah,” katanya.

Menurut Abdul Rahim, berdasarkan maklumat yang diterima daripada komander operasi, kesemua mereka dipercayai tersepit dalam kenderaan itu.

Mereka kemudiannya dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba menggunakan peralatan khas resque tools.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim dengan bantuan ambulans KKM manakala empat yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com