Monday, 13, May, 2024
Utama Nasional Jemaah tidak berganjak mahu jumpa Anwar di Masjid Putra

Jemaah tidak berganjak mahu jumpa Anwar di Masjid Putra

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA – Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Putra, di sini mendapat sambutan yang luar biasa apabila ribuan jemaah tidak berganjak
dan terus memenuhi perkarangan masjid sebaik selesai solat sunat Aidiladha untuk bertemu beliau.

Keadaan itu menyebabkan perkarangan masjid sesak seketika apabila jemaah mengambil peluang mendekati pemimpin nombor satu negara itu.

Sebaik selesai solat dan ketika beredar keluar dari dewan solat, Anwar meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah yang berpusu-pusu mendekatinya.

Anwar ketika bercakap kepada media sempat menitipkan ucapan ringkas bersempena Aidiladha.

“Eid mubarak, selamat semua, tenang semua. Sabar dan semangat pengorbanan semua, Insya-Allah. Selamat negara, selamat umat,” katanya sebelum meninggalkan Masjid Putra, jam 9.20 pagi tadi.

Perkarangan Masjid Putra turut dipenuhi warga asing yang mahu bersalaman dengan Anwar.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com