Thursday, 2, May, 2024
Utama Negeri UUM akan bantu UMAM lahirkan 5,000 calon PhD

UUM akan bantu UMAM lahirkan 5,000 calon PhD

oleh Ammar Haziq

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) akan bantu Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) bagi melahirkan 5,000 graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam tempoh lima tahun.

Naib Canselor, UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, universiti ini bersedia bagi membantu mereka untuk melahirkan 5,000 graduan dalam PhD.

“Dalam perbincangan tadi kumpulan pertama ini akan memulakan sesi pengajian mereka pada September atau Oktober ini dan menamatkan pengajian dalam tempoh lima tahun nanti ,”ujar beliau lagi.

Sementara itu Naib Canselor UMAM, Prof Madya Ir. Dr Waluyo Adi Siswanto ketika ditemui berkata, pertemuan yang berlangsung ini diharap dapat mempercepatkan hasrat mereka untuk melahirkan 5,000 graduan PhD.

“Perbincangan lanjut akan diadakan dikedua belah pihak dan saya yakin kumpulan pertama akan berjaya memperolehi Ijazah pada tahun 2027 nanti,” ujar beliau lagi.

UMAM yang beroperasi di Kompleks Wisma Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di UniCiti Alam, Sungai Chuchuh, Padang Besar, Perlis ini telah dirasmikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis , Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Universiti pertama dari Indonesia yang meluaskan kampus pengajian tingginya di luar negara ini ditubuhkan oleh Persyarikatan Muhammadiyah yang disokong sepenuhnya oleh Perguruan Tinggi Muhammadiyah – ‘Aisyiyah (PTMA) di Indonesia.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com