Thursday, 2, May, 2024
Utama Nasional Malaysia mampu kembali jadi negara hebat dua, tiga tahun lagi

Malaysia mampu kembali jadi negara hebat dua, tiga tahun lagi

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Malaysia mampu kembali menjadi sebuah negara yang hebat dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi berdasarkan keupayaan dan potensi yang ada.

Perdana Menteri berkata, usaha itu mampu direalisasikan hasil pendekatan dan kerjasama penuh yang diberikan semua pihak, termasuk penjawat awam.

“Saya meluahkan idea, cara terbuka dari segi konsep pendekatan supaya rakan penjawat awam dapat memberi kerjasama sepenuhnya.

“Saya yakin sebab Allah SWT banyak menguji saya, ada kesabaran, (menjadi) lebih waras, tetapi selepas melihat sepak terajang politik dan apa yang berlaku dalam pentadbiran negara, saya yakin dengan semangat baharu.

“Beri masa dua atau tiga tahun, Malaysia dapat diangkat sebagai satu negara hebat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Kolokium MADANI Perkhidmatan Awam 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com