Monday, 29, April, 2024
Utama Politik Kontrak untuk anak, menantu Muhyiddin: Boleh tak kamu sebut ‘tak buat apa-apa?’ – Anwar

Kontrak untuk anak, menantu Muhyiddin: Boleh tak kamu sebut ‘tak buat apa-apa?’ – Anwar

oleh admin

HULU LANGAT – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menunjukkan bukti beliau tidak menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi Perdana Menteri.

Berucap pada ceramah Jelajah Perpaduan di Semenyih pada Selasa malam, Perdana Menteri mendakwa, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah mengayakan kroni dan keluarga.

Dakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi, negara ini telah rosak kerana tindakan Perdana Menteri yang hanya menjaga kuasanya dan keluarga sendiri.

“Dia (Muhyiddin) sakau sana sini… dia boleh maki saya berbakul-bakul. Tetapi dia tak boleh tegur atau kecam saya (atas alasan) saya guna kuasa untuk sakau duit negara ini.”

“Saya nak tanya Muhyiddin, dok cakap banyak sangat… boleh tak, kamu sebut ‘tak buat apa-apa’? Kayakan kontrak anak kamu dan menantu kamu… (tetapi) kamu cakap bersih,” ujarnya dalam ceramah berkenaan.

Anwar menegaskan, beliau juga telah melihat fail-fail yang dipercayai berkaitan unsur penyalahgunaan kuasa.

“… ada orang pula (cakap), ‘ya betul Tan Sri bersih’. Saya sekarang tak macam dulu, saya tak tengok fail.

“Sekarang, saya tengok fail (sebagai Menteri Kewangan),” jelas beliau.

Pada 9 Februari lalu, Muhyiddin menafikan dakwaan beliau terlibat memberikan kontrak Sistem Imigreen Bersepadu nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad, yang dikaitkan dengan menantunya.

Menurut beliau, ia merupakan satu fitnah yang sengaja dilakukan dan direka untuk mencalarkan maruahnya dan keluarga.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga mendakwa perkara tersebut adalah sebahagian daripada siri tohmahan jahat terhadap dirinya yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional pimpinan Anwar.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com