Sunday, 28, April, 2024
Utama Politik Anwar yakin permuafakatan PH BN akan kekalkan kerajaan Perpaduan

Anwar yakin permuafakatan PH BN akan kekalkan kerajaan Perpaduan

oleh admin

KUALA BERANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin permuafakatan yang jitu antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membolehkan gabungan itu mengekalkan kepemimpinan di peringkat pusat.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, perkara itu dibuktikan apabila beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sama sekali tidak bersikap selektif untuk hanya turun berkempen memenangkan calon masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

“Calon PH adalah calon saya. Calon BN adalah calon saya. Saya bersikap begitu. Sebab itu di mana calon PH dan BN bertanding, saya akan turun kempen. Ahmad Zahid pun sama.

“Kami tidak memilih. Kerana kita nak muafakat (antara PH dan BN) betul-betul kuat sebab dengan bersatunya PH dan BN, kita boleh sapu bersih Malaysia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam siri ceramah di program Jelajah Perpaduan MADANI di Bilik Gerakan Utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, di sini malam tadi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com