Sunday, 19, May, 2024
Utama Nasional Temu PM Anwar di UTM Skudai Ahad ini

Temu PM Anwar di UTM Skudai Ahad ini

oleh admin

JOHOR BAHRU – Orang ramai khususnya penduduk di Johor boleh berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi
Program dialog Temu Anwar di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, dekat sini, Ahad ini.

Program dialog itu akan memberi
ruang kepada masyarakat, khususnya anak muda, untuk mengutarakan soalan secara langsung kepada Perdana Menteri.

“Ayuh warga Johor Bahru ikut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan Ahad ini bersamaan 3 September 2023 bertempat di UTM Skudai.

“Seperti kelaziman, peserta yang hadir diberi ruang secara terus untuk bertanyakan apa jua soalan kepada saya. Insya-Allah, ruang ini kita gunakan sebaiknya dalam mencambah budaya wacana yang sihat dan segar,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Bagi mereka yang berminat, pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.

Program dialog bersiri itu sebelum ini telah diadakan di Sabah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan, Negeri Sembilan dan Kedah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com