Sunday, 5, May, 2024
Utama Negeri YDP Pas Langkawi dilantik Speaker DUN Kedah

YDP Pas Langkawi dilantik Speaker DUN Kedah

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR -Yang Dipertua (YDP) PAS Langkawi, Mohd Zubir Ahmad dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baharu sempena Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada Isnin.

Zubir, 60, telah mengangkat sumpah di hadapan Setiausaha DUN, Mohamad Azlee Ahmad di Wisma Darul Aman, dekat sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Pas-Jeneri) telah mencadangkan Zubir sebagai Speaker DUN baharu dan telah disokong oleh Exco Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, Datuk Siti Aishah Ghazali.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com