Monday, 6, May, 2024
Utama Negeri SPRM Kedah tahan pembantu tadbir disyaki kemuka tuntutan palsu RM160,000

SPRM Kedah tahan pembantu tadbir disyaki kemuka tuntutan palsu RM160,000

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang pembantu tadbir sebuah jabatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu melibatkan pelbagai pembekalan dan perkhidmatan berjumlah kira-kira RM160,000 oleh sebuah jabatan kerajaan.

Sumber berkata, suspek wanita berusia lingkungan 40an itu dipercayai ditahan kira-kira jam 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di SPRM Kedah.

Beliau walaubagaimanapun dilepaskan dengan jaminan RM10,000 pada hari yang sama selepas SPRM merekodkan keterangannya.

“Suspek disyaki terlibat dalam tuntutan palsu pada tahun 2018 – 2020 dengan mengemukakan 11 invois atas nama dua syarikat berbeza yang mana terdapat pelbagai pembekalan dan perkhidmatan yang tidak dilaksanakan melibatkan penganjuran sebanyak lapan program,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Rosley Mohamad Satar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com