Monday, 29, April, 2024
Utama Nasional APEC 2023: PM sertai dialog bersama 21 pemimpin dunia

APEC 2023: PM sertai dialog bersama 21 pemimpin dunia

oleh Ammar Haziq

SAN FRANCISCO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai Dialog Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik yang berlangsung di Moscone Centre, di sini, petang Khamis waktu tempatan.

Ia dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, dengan dihadiri semua pemimpin mewakili 21 anggota ekonomi APEC.


Selain itu, Anwar dijadual menghadiri Dialog Majlis Perniagaan APEC (ABAC) dengan Pemimpin Ekonomi APEC yang akan dihoskan oleh Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris.

Perdana Menteri juga akan menyertai Dialog Tidak Rasmi dengan Columbia, Fiji serta India dan Mesyuarat Kedua Pemimpin Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF).


Anwar kemudian dijadual menghadiri majlis makan malam Pemimpin Ekonomi APEC yang dihoskan oleh Biden.

AS dan Malaysia adalah antara 12 anggota pengasas APEC yang ditubuhkan pada 1989.

Negara lain ialah Australia, Brunei, Kanada, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand.


Ini diikuti China, Hong Kong, Taiwan, Mexico dan Papua New Guinea pada 1993.

Chile menyertainya pada 1994 serta Peru, Russia dan Vietnam pada 1998, menjadikan keanggotaan penuh kepada 21.


APEC mempunyai hampir tiga bilion penduduk, 62 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia dan 48 peratus daripada perdagangan dunia pada 2021.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com