Friday, 3, May, 2024
Utama Nasional Anwar ucap tahniah kepada Abdel-Fattah al-Sisi

Anwar ucap tahniah kepada Abdel-Fattah al-Sisi

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Abdel-Fattah al-Sisi kerana memenangi pilihan raya presiden Mesir 2024 pada Isnin.

“Bagi pihak Kerajaan dan Rakyat Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada @AlsisiOfficial atas kemenangan beliau dalam pilihan raya sebagai Presiden Mesir. Semoga pencapaian ini mampu mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang dikongsi antara negara dan rakyat kedua-duanya,” kata Anwar dalam hantaran terkini beliau di laman X (Twitter).

Pihak Berkuasa Pilihan Raya Kebangsaan Mesir (NEA) pada Isnin mengumumkan bahawa penyandang Presiden iaitu Abdel-Fattah telah memenangi pilihan raya itu dengan meraih kira-kira 40 juta atau 89.6 peratus undi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com