Friday, 3, May, 2024
Utama Negeri MPP bubar, pilihan raya kampus UUM 9 Januari depan

MPP bubar, pilihan raya kampus UUM 9 Januari depan

oleh Ammar Haziq

SINTOK – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2022/2023 dibubarkan berkuatkuasa mulai Selasa.


Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus (JPRK) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dayang Fatimah Zaki, berkata penetapan tarikh penamaan calon bagi sesi 2023/2024 pada 2 Januari 2024 manakala pilihan raya kampus (PRK) pula pada 9 Januari 2024.

“Dengan terbubarnya MPP sesi 2022/2023, pihak universiti boleh melantik ‘caretaker’ yang akan menjalankan fungsi MPP sehingga MPP baharu dilantik,” katanya ketika mengumumkan perkara berkenaan di Balai Tamu, Canselori pada pagi Selasa.


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebelum ini memutuskan supaya tata cara pelaksanaan PRK disemak semula bagi membenarkan pelajar mengendalikan sendiri proses pemilihan kali ini.


Dayang Fatimah berkata, pembelian borang pencalonan akan bermula pada 26 hingga 28 Disember manakala tempoh semakan serta pengesahan calon boleh dibuat sehingga 1 Januari 2024.


Menurutnya, tempoh bagi calon berkempen pula pada 2 hingga 8 Januari 2024, diikuti oleh hari pengundian dan pengumuman keputusan PRK UUM pada 9 Januari nanti.


“Pihak JPRK menyeru agar para mahasiswa UUM dapat mengambil peluang untuk bersama-sama menjayakan serta memeriahkan lagi PRK kali ini,” katanya.


Turut hadir, Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com