Monday, 29, April, 2024
Utama Nasional Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat diteruskan, diperluaskan seluruh negara

Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat diteruskan, diperluaskan seluruh negara

oleh Ammar Haziq

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat akan diteruskan dan diperluaskan seluruh negara bagi membantu mengurangkan kos hidup rakyat.

Berucap secara ringkas ketika mengadakan lawatan ke Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat di Padang Awam Klebang Restu, Anwar akui mengambil berat keluhan rakyat yang harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat.

“Kita telah mengambil pelbagai langkah berikutan kos sara hidup yang meningkat, walaupun jumlah STR (Sumbangan Tunai Rahmah) kita naikkan, tetapi tidak cukup, kalau harga barang naik.

“Kita akan perbanyakkan, kerapkan, perluaskan jualan murah terutama barangan keperluan ikan, ayam, beras dan sebagainya,” katanya.
Turut hadir Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan menerusi Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) akan terus mencari ikhtiar bagi mencari penyelesaian peningkatan sara hidup sehingga ke akar umbi.

“Kos meningkat di pasaran mana-mana negara di dunia, percayalah ia tidak mudah, tetapi kita ambil setiap keluhan dan akan terus cari jalan,” kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun.

Perdana Menteri selepas itu mengadakan tinjauan di pasar raya Mydin di Meru Raya dan kaunter bergerak Lembaga Hasil Dalam Negeri Perak bagi semakan penerima STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com