Saturday, 27, April, 2024
Utama Nasional Harga kawalan beras dibincangkan pada mesyuarat NACCOL

Harga kawalan beras dibincangkan pada mesyuarat NACCOL

oleh Ammar Haziq

PERMATANG PAUH: Kerajaan bakal memuktamadkan harga kawalan beras pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) minggu hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata. beliau yakin harga beras boleh dikurangkan sekali gus dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Jelasnya, beberapa perincian membabitkan penjualan bahan asas itu akan diteliti terlebih dahulu sebelum dimuktamadkan.

“Saya telah bagitau supaya mesyuarat NACCOL ditangguhkan dulu kerana ada hal lain yang mendesak ke minggu depan di mana kita boleh muktamadkan tentang harga beras… tak boleh rendah sangat, tapi saya yakin ia boleh dikurangkan dan kalau kita kata beli (kita kena tahu) daripada mana, kontraktor bagi pada siapa, untung banyak mana, kalau rugi tak ada org nak meniaga, untung ambil lah..tapi kalau tinggi sangat harga di pasaran, kita kurang sikit,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Jualan Termurah Madani,di Lembah Makanan, Bandar Perda, di sini,

Hadir sama, Pengerusi NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini.

Syed Abu Hussin Hafiz yang mengetuai NACCOL berkata, penetapan harga siling baharu dan tetap ialah pada 19 Februari ini dan berada di pasaran pada 1 Mac.

Terdahulu, Anwar sempat menyantuni rakyat serta meninjau gerai jualan yang menjual pelbagai barangan keperluan basah dan kering termasuk beras 10 kilogram.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com