Sunday, 28, April, 2024
Utama Sukan Kritik Pan Gon : FAM panggil Intan Serah

Kritik Pan Gon : FAM panggil Intan Serah

oleh Ammar Haziq

SEPANG – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memanggil pemain bolasepak wanita kebangsaan, Intan Sarah Anisah Zulgafli kerana mengkritik jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon secara terbuka menerusi platform X.

kenyataan Intan Sarah atau lebih dikenali Intan Serah itu telah mengundang kemarahan penyokong Harimau Malaya dan mereka menggesa FAM mengambil tindakan terhadap pemain berkenaan.

Walaubagaimanapun melalui kenyataan terbaharu pemain itu, beliau telahpun memohon maaf kepada Pan Gon dan mengakui kenyataan dibuat kerana terlalu mengikut emosi

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, Intan Serah akan dipanggil dan pihaknya akan menilai kenyataan yang beliau masukkan di media sosial itu.

Kita tengok dulu (untuk sebarang tindakan) kenyataan itu. Kita sentiasa mengingatkan pemain supaya sentiasa berhati-hati dalam memberi kenyataan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada malam Jumaat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com