Saturday, 27, April, 2024
Utama Negeri Ramai penduduk beraya tanpa bekalan air, di beberapa kawasan air keruh

Ramai penduduk beraya tanpa bekalan air, di beberapa kawasan air keruh

oleh Wartawan Kedah Gazette
Salah seorqng netizen mengeluh menerima bekalan air yang keruh pada hari raya.

ALOR SETAR – Kebanyakan penduduk di negeri ini meluahkan perasaan kecewa dengan Syarikat Air Darul Aman (SADA) berikutan bekalan air yang terputus sepanjang sambutan Haru Raya Aidilfitri tahun ini.

Antara kawasan yang difahamkan paling kritikal mengalami gangguan bekalan air adalah di Kuala Kedah dan beberapa kawasan lain.

Malah di beberapa kawasan lain seperti Jitra dan Alor Setar pula bekalan air yang diterima didakwa keruh.

Malah penduduk terlibat mengelarnya sebagai air teh susu dan air sarsi percuma.

Media sosial menjadi medan meluahkan perasaan amarah orang ramai kerana tidak dapat melakukan aktiviti seperti mandi dan mencuci pakaian berikutan masalah tersebut.

Masalah bekalan air setiap kali musim perayaan ini bukan perkara baru, ia telah berlaku sejak beberapa tahun lepas.

Semasa pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebelum ini, beliau telah mengarahkan SADA menyediakan pelan khas mengatasi masalah berkenaan pada musim. perayaan.

Antara langkah yang diambil menyediakan perkhidmatan lori bekalan air, meletak tangki air sexukupnya di kawasan yang dikenal pasti serta mengarahkan kakitangan SADA bertugas pada musim perayaan bagi mengendali sebarang kemungkinan.

Pada tahun ini, SADA yang menjangka masalah bekalan air akan berlaku, hanya menasihatkan orang ramai supaya menyimpan air secukupnya untuk kegunaan sekurang-kurangnya dua hari.

Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Suraya Yaacob, yang baru dilantik sebagai Exco bekalan air negeri Kedah, perlu melihat masalah ini dengan serius dan tampil dengan idea inovatif bagi mengatasi masalah orang ramai setiap kali musim perayaan.

Perlu dingatkan, rakyat mula menilai prestasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebaik sahaja membentuk kerajaan baharu di Kedah.

Rakyat mungkin kecewa lagi sekiranya di bawah pentadbiran PN masalah air masih berlarutan seperti sebelum ini.

Pada masa sama, rakyat mula memperkatakan kebanyakan Exco kerajaan negeri yang baru mengangkat sumpah masih lagi ‘syok’ menerima ucapan tahniah daripada pelbagai pihak.

Diharapkan selepas berakhir cuti raya, semua Exco kerajaan negeri perlu bekerja lebih keras dalam menyelesaikan masalah rakyat – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com