Saturday, 27, April, 2024
Utama Politik Anwar pengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan

Anwar pengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan

oleh Ammar Haziq

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan kali pertama bagi tahun ini di Seri Perdana, Putrajaya.

Selain Anwar, beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan turut kelihatan menghadiri mesyuarat berkenaan iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Mesyuarat juga disertai Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mesyuarat tersebut melibatkan perbincangan mengenai pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu selain pemilihan calon bagi jawatan berkenaan.

Sebelum ini, Anwar dilapor berkata, nama calon Tuan Yang di-Pertua Sarawak sudah dikemukakan oleh Abang Johari kepadanya dan telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com