Wednesday, 1, May, 2024
Utama Nasional Penduduk Napoh akan saman pemilik Nasi Kandar Salleh RM1 juta

Penduduk Napoh akan saman pemilik Nasi Kandar Salleh RM1 juta

oleh Ammar Haziq

1. Persatuan Pengguna Kedah menyambut baik langkah kerajaan yang telah mendenda Pemilik Restoran Salleh sebanyak RM12k dan dihukum penjara selama 5 bulan.


2. Walaubagaimanapun, pihak Persatuan Pengguna Kedah tetap akan meneruskan memberi bantuan kepada peniaga dan penduduk di sekitar Napoh, Kubang Pasu untuk menfailkan saman kerugian keatas pemilik kedai tersebut yang telah mengakibatkan peniaga dan penduduk tejejas akibat pelanggaran SOP oleh beliau.

3. Pada hari ini, kita telah bertemu peguam iaitu Zunun and Co. Dan atas nasihat peguam kita akan menyaman pemilik kedai tersebut dan menuntut gantirugi kerana telah MENYEBABKAN Penduduk disini mengalami kerugian.


4. CAKE juga telah menerima seramai 100 org pengadu yg terjejas serta 6 NGO yang akan turut serta untuk menyaman pemilik Kedai ini.
5. Anggaran saman kerugian keseluruhan kira2 berjumlah rm1juta

6. Kita harap tindakan kita ini akan memberi pengajaran kepada semua orang supaya tidak sewenang-wenangnya melanggar SOP yang telah di tetapkan kerajaan sehingga MENYEBABKAN virus COVID19 merebak. 


MOHAMAD YUSRIZAL BIN YUSOFF

SETIAUSAHA PERSATUAN PENGGUNA KEDAH

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com