Sunday, 5, May, 2024
Utama Umum Turki jumpa telaga gas asli terbesar di Laut Hitam

Turki jumpa telaga gas asli terbesar di Laut Hitam

oleh Ammar Haziq

ANKARA – Turki mendakwa mereka telah menjumpai telaga gas asli terbesar di Laut Hitam yang bernilai 320 bilion kubik meter.

Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan berkata, ALLAH SWT telah membuka pintu kekayaan yang belum pernah terjadi kepada negara tersebut.

“Penemuan berharga 320 bilion kubik meter itu dibuat di zon Tuna-1 di luar pantai bandar Eregli di wilayah utara Zonguldak selepas kerja penerokaan bermula pada 20 Julai lalu,”katanya ketika berucap di Istana Dolmabahce di Istanbul.


Menurutnya, jika gas tersebut dapat diekstrak secara komersial, penemuan itu dapat membantu Turki mengurangkan kebergantungan negara itu terhadap import sumber tenaga dari negara seperti Rusia, Iran dan Azerbaijan.

“Kerja penerokaan dilakukan oleh kapal penggerudian pertama Turki, Fatih itu dinamakan sempena nama Sultan Fatih Sultan Mehmet,”katanya.

Awal bulan lalu, Erdogan mengarahkan kerja penerokaan semula sumber tenaga kontroversi di luar pantai selatan Turki berhampiran Pulau Greece yang menjadi pertikaian di perairan timur Mediterranean.

Isu tersebut telah mencetuskan pertelingkahan antara Ankara dan Athens, Cyprus dan Kesatuan Eropah (EU) dan memburukkan lagi ketegangan dengan Perancis yang bertindak meningkatkan kehadiran tentera mereka di rantau terbabit.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com