Friday, 3, May, 2024
Utama Negeri Ditemui lemah dalam ladang getah

Ditemui lemah dalam ladang getah

oleh Ammar Haziq

FOTO EHSAN BOMBA

KUALA NERANG – Seorang lelaki warga Thailand ditemui tidak bermaya di ladang getah di Jalan Sungai Malai, Kg Charok Malau, Kuala Nerang kira-kira jam 12.45 tengah malam tadi selepas dilaporkan hilang.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata, maklumat awal yang diterima dari keluarga angkat mangsa, lelaki berusia 40-an itu keluar dari rumah ke ladang getah tersebut pada jam lebih kurang 3 petang semalam.


Menurutnya, keluarga angkat mangsa telah membuat laporan polis dan menghubungi pihak bomba untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa selepas dia tidak pulang.


“Bomba tiba di lokasi kira-kira 10.20 malam dan komander operasi lapor keadaan di lokasi hujan dan gelap serta kawasan ladang yang luas dan semak. 


“Operasi menyelamatkan mangsa di bahagi kepada dua pasukan dengan menggunakan teknik sweep di sekitar kawasan mangsa terakhir dilihat turut dibantu oleh pihak polis dan orang kampung,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohamadul Ehsan berkata,  mangsa telah dijumpai berada 500 Meter dari lokasi akhir kejadian mangsa dikatakan hilang. 


“Keadaan mangsa ketika dijumpai dalam keadaan sedar dan kurang bermaya namum tidak mengalami sebarang kecederaan.Mangsa diberi rawatan awal sebelum mangsa diserahkan kepada ahli keluarga angkat beliau,”katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com