Sunday, 28, April, 2024
Utama Negeri 50 pengguna telco terima bil RM547,436.34

50 pengguna telco terima bil RM547,436.34

oleh Ammar Haziq
Gambar kecil Mohamad Yusrizal Yusuff.

Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menerima aduan daripada kira-kira 50 orang mangsa yang tinggal sekitar Alor Setar, Kubang Pasu dan Yan apabila menerima tunggakan bil mencecah RM547,436.34.

Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusuff berkata, mangsa telah mendaftarkan talian mereka di Kedai ‘dealer’ Telco untuk digunakan di sebuah pasar raya di Alor Setar.

Menurutnya, ada juga mangsa yang telah lama menggunakan talian tersebut dan pergi ke Kedai tersebut untuk menaik taraf talian mereka dan ada yg mengambil peranti seperti telefon bimbit selepas mengemaskini akaun talian mereka.

“Namun jurujual Kedai tersebut telah menyalahgunakan cap jari untuk mendaftarkan talian lebih dari 1 talian. Didapati talian tersebut juga bersama peranti seperti telefon bimbit dan jam pintar.

“Pengguna tidak tahu menahu mengenai pendaftaran ini sehinggalah mereka mendapat surat daripada peguam telco menyatakan mereka mempunyai tunggakkan.

“Tunggakkan mangsa mencecah sehingga RM20,000.00 dan mangsa berasa teraniaya. Mangsa pergi ke Kedai tersebut dan jurujual itu menyatakan bahawa surat itu adalah SCAM. Tetapi apabila mangsa memeriksa, mereka betul-betul telah disenaraihitamkan,”katanya.

Menurutnya, Kini mangsa tertekan dan mengadu ke pejabat Persatuan Pengguna Kedah.

“Persatuan Pengguna Kedah menasihatkan supaya semua mangsa membuat aduan terlebih dahulu ke PDRM dan SKMM. Pihak kami akan terus mendesak pihak-pihak berwajib agar perkara ini diselesaikan segera agar tidak menganiaya pengguna,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com