Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri 20 pelajar asnaf terima agihan zakat korporat SSM Kedah

20 pelajar asnaf terima agihan zakat korporat SSM Kedah

oleh Ammar Haziq

SIK – 20 pelajar asnaf di SMK Chepir, Sik yang terpilih menerima sumbangan zakat korporat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berjumlah RM6,000 baru-baru ini.

Pengarah SSM Kedah, Ramlee Leen berkata, setiap pelajar menerima sumbangan RM300 dan program diadakan dengan menyantuni pelajar-pelajar asnaf SMK Chepir di rumah mereka dan membuat penyerahan zakat dan akaun Pelan Simpanan Pendidikan (SSPN).

“Setiap pelajar menerima RM300. Sebanyak RM200 diberikan secara tunai manakala RM100 digunakan untuk membuka akaun SSPN,”katanya.

Hadir sama, Pengurus Besar PTPTN Perlis, Siti Jahara Idris, Pengurus Besar PTPTN Kedah, Fauzi Azli Salleh, Pengetua, Penolong Kanan dan Wakil PIBG SMK Chepir Sik.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com