Monday, 6, May, 2024
Utama Negeri 175 kg limau dari Thailand dirampas

175 kg limau dari Thailand dirampas

oleh Ammar Haziq

TEKS/FOTO MAQIS KEDAH

KEDAH – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk limau tanpa permit yang sah apabila menahan sebuah lori dari Thailand di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

Menurut Pengarah MAQIS Negeri Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh pegawai MAQIS, mendapati seberat 175 kilogram limau yang dianggarkan bernilai RM 350.00 ditahan untuk tindakan lanjut kerana tiada permit import yang sah.

Katanya lagi, kegagalan untuk mengemukakan permit import yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 100.000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama.

Pihak MAQIS sentiasa mengambil langkah serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian Negara. Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com