Sunday, 28, April, 2024
Utama Umum Dua remaja maut, kereta terbabas ke dalam longkang

Dua remaja maut, kereta terbabas ke dalam longkang

oleh admin

KULIM, 9 Sept. – Dua remaja lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah di muka dan kepala apabila kereta jenis Perodua Viva dinaiki mereka, terlibat dalam kemalangan di Jalan Pondok Labu menuju ke Taman Selasih, awal pagi ini.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang terlibat.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Mohd Redzuan Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 3.51 pagi.

“Siasatan awal mendapati kereta tersebut yang datang dari arah Pekan Kulim menuju ke Taman Selasih telah hilang kawalan dan terbabas sendiri ketika melalui selekoh di depan kedai ‘Nasi Berlauk Ala Kak Wok’.

“Keadaan itu menyebabkan kereta tersebut termasuk ke longkang di bahu kanan jalan,” katanya.

Keadaan kereta Perodua Viva dinaiki tiga lelaki yang terbabas ke longkang, awal pagi ini.

Keadaan kereta Perodua Viva dinaiki tiga lelaki yang terbabas ke longkang, awal pagi ini.

Tambahnya, pemandu dan penumpang depan kenderaan itu yang masing-masing berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meningggal dunia di lokasi kejadian.

“Penumpang belakang kereta itu pula mengalami kecederaan parah di muka dan kepala. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com