Wednesday, 8, May, 2024
Utama Negeri Lelaki ditahan memandu dalam keadaan mabuk di Alor Setar

Lelaki ditahan memandu dalam keadaan mabuk di Alor Setar

oleh Ammar Haziq
FOTO POLIS KOTA SETAR

ALOR SETAR, 9 Sept – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dalam Operasi Mabuk yang dijalankan di sekitar bandar Alor Setar, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata operasi yang yang bermula dari pukul 8 malam hingga 4 pagi itu dijalanlan oleh pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar.

“Dalam operasi itu, pasukan telah berjaya menahan sebuah kenderaan yang dinaiki seorang lelaki berumur 20-an yang memandu dalam keadaan mencurigakan dan dibawah pengaruh alkohol.

“Setelah ujian pernafasan pertama dijalankan keatas lelaki tersebut dengan menggunakan alat yang telah dibekalkan, ujian menunjukkan pemandu kenderaan tersebut positif alkohol dan melebihi had yang telah di tetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pemandu itu telah ditahan dan di bawa ke Balai Trafik Alor Setar dan ditahan di bawah Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Perkara seperti ini bukan kes yang baru tetapi sering berlaku dan saya ingin menasihati agar pengguna jalan raya tidak mengambil jalan mudah dengan memandu dibawah pengaruh alkohol kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain serta boleh melibatkan kemalangan jiwa

“Kita akan mempergiatkan operasi serta mengambil tindakan yang lebih serius bagi mengesan pemandu-pemandu kenderaan yang dibawah pengaruh alkohol dikawasan-kawasan ‘hotspot’ yang telah dikenalpasti,” katanya.

Ahmad Shukri berkata sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan tidak sihat atau maklumat mengenai jenayah bolehlah disalurkan kepada pihak Trafik atau mana-mana balai yang berdekatan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com