Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Balai Polis Kulim Hi-Tech wakil Kedah Pertandingan Anugerah Balai Polis Cemerlang Kategori Bandar

Balai Polis Kulim Hi-Tech wakil Kedah Pertandingan Anugerah Balai Polis Cemerlang Kategori Bandar

oleh Ammar Haziq
Pengerusi Program Balai Polis Cemerlang MCPF Datuk Kamarudin Md Ali merasmikan aplikasi platform berkaitan kepuasan pelanggan (Customer Survey Indicator) di Balai Polis Kulim Hi-Tech hari ini.

KULIM, 5 OKT – Balai Polis Kulim Hi-Tech, di sini memperkenalkan aplikasi platform berkaitan kepuasan pelanggan (Customer Survey Indicator) bagi memudahkan orang ramai memberi maklum balas secara atas talian.
 
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata aplikasi yang dibangunkan warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim itu diharap dapat memberi impak dalam mempertingkatkan perkhidmatan terutama buat orang ramai.
 
“Aplikasi ini dibuat tanpa sebarang kos dan ia sudah dipraktik sejak dua bulan lalu bagi memudahkan orang ramai memberi maklum balas secara atas talian sekaligus dapat memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
 
“Dengan cara ini, ia juga dilihat dapat memberikan latihan dalam perkhidmatan kepada anggota dan pegawai yang bertepatan dengan kaji selidik terbabit,” katanya ketika ditemui pada program lawatan Pasukan Panel Anugerah Balai Polis Cemerlang Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) 2022 di Balai Polis Kulim Hi-Tech, di sini semalam.
 
Turut hadir, Pengerusi Program Balai Polis Cemerlang MCPF Datuk Kamarudin Md Ali, ketua panel Chan Kuang Yu dan ahli panel serta ketua komuniti sekitar Kulim Hi-Tech Park.
 
Balai Polis Kulim Hi-Tech terpilih mewakili kontinjen Kedah untuk Pertandingan Anugerah Balai Polis Cemerlang Kategori Bandar yang mana juri penilai adalah terdiri daripada ahli Exco MCPF.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com