Tuesday, 30, April, 2024
Utama Negeri Banjir Baling : PPS Kompleks Rakan Muda ditutup

Banjir Baling : PPS Kompleks Rakan Muda ditutup

oleh Ammar Haziq
Mangsa telah dibenarkan pulang pada hari ini.

ALOR SETAR, 10 Okt – Satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling petang, semalam telah ditutup sepenuhnya pada pukul 1 tengah hari tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata PPS Kompleks Rakan Muda itu menempatkan 154 mangsa daripada 49 keluarga.

“PPS itu ditutup selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air mulai surut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Sungai Kuala Ketil mencatatkan bacaan melebihi paras waspada iaitu 15.68 meter (m) melepasi paras waspada asal iaitu 15.50 m.

Ia menyebabkan 28 kampung terjejas akibat banjir itu antaranya Kampung Temusu, Kampung Dusun, Kampung Iboi, Kampung Memali dan beberapa kampung lain yang terletak berhampiran kawasan sungai itu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com