Friday, 3, May, 2024
Utama Nasional Malaysia tidak lagi perlu terkenal label pemimpinnya rasuah

Malaysia tidak lagi perlu terkenal label pemimpinnya rasuah

oleh admin

BANGI : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tekad untuk memerangi rasuah habis-habisan bagi mengelak negara ini terus terkenal dengan label pemimpin rasuah.

Beliau berkata usaha memerangi rasuah di negara ini bagaimanapun tidak mudah berikutan kelompok besar rasuah itu akan berpakat dan menyerang kerajaan bertubi-tubi bagi menentang usaha berkenaan.

“Isu besar dalam negara ini, wang negara ini dipunggah untuk orang-orang tertentu. Bukan RM1 bilion, bukan RM2 bilion tapi berbilion.

“Yang pentingya ialah kesepakatan kita, komitmen kita, tinggalkan amalan jelik ini. Bagi saya, adakah kita boleh terima? Saya tidak terima.Anak-anak muda nak bersama…Alhamdulillah. Tak bersama pun saya tidak peduli kerana kita harus bangkit dan lawan gejala ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Cakna Madani Perdana Menteri bersama pelajar tajaan JPA di institusi pendidikan tinggi di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Anwar berkata, hutang negara kini sudah mencecah RM1.5 trilion dengan RM300 bilion liabiliti dan kerana itu beliau amat menekankan tata kelola yang betul.

“Saya sudah hampir tujuh bulan jadi Perdana Menteri, Khaled jadi Menteri. Tiada satu pun tolak ansur kita. Ada kontrak, harus tender, tiada Jana Wibawa.

“Tebatan banjir, bukan kata tebatan banjir tapi ‘sebatan banjir’, tiada lagilah (tender terus). Kalau ada mendesak, tebatan banjir tak boleh tunggu, kita buat pemilihan tender.

“Kena ada penilaian. Begitu, baru kita boleh selamatkan wang negara dengan banyak,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com