Monday, 6, May, 2024
Utama Nasional PM tidak puas hati, arah segerakan laksana projek kecil

PM tidak puas hati, arah segerakan laksana projek kecil

oleh admin

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ketidakpuasan hatinya terhadap projek-projek kecil yang lambat dilaksanakan seperti membaik pulih sekolah dan klinik kesihatan daif.

Justeru beliau yang juga Menteri Kewangan mengarahkan proses itu disegerakan bagi memastikan rakyat menikmati kemudahan itu dengan baik.

Ini kerana katanya semua sekolah dan klinik daif harus diperbaiki dan diselesaikan tahun ini selepas diluluskan kerajaan pada November tahun lalu.

“Namun pelaksanaan itu tidak memuaskan terutama di peringkat bawah membabitkan pejabat daerah.

” Peruntukan untuk projek-projek kecil perlu disegerakan memandangkan sekolah-sekolah yang tiada tandas atau bumbung bocor tidak boleh menunggu dua tahun walaupun peruntukan untuk perkara itu telah diluluskan.

“Saya nak pastikan peruntukan disalurkan segera,” katanya pada majlis perhimpunan warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini hari ini.

Anwar berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi supaya projek-projek kecil dikecualikan dari tugas Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ketika ini dibebani dengan ribuan projek untuk diserahkan kepada jabatan dan kementerian berkaitan terutama di peringkat pegawai daerah bagi mempercepatkan pelaksanaannya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com