Saturday, 4, May, 2024
Utama Nasional Lebih 200,000 terima SARa RM600 bermula Isnin – PM

Lebih 200,000 terima SARa RM600 bermula Isnin – PM

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA – Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 bermula Isnin ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

“Kerajaan sudah menyediakan STR untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

“Sebagai tambahan, lebih 200,000 penerima STR yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-Kasih, akan turut menerima SARa mulai 17 Julai ini.Bagaimanapun, perincian berhubung program SARa ini, akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan di Putrajaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memaklumkan Bank Simpanan Nasional (BSN) akan meluncurkan Program Geran Padanan Pendigitalan PMKS dengan peruntukan RM100 juta pada Ogos 2023.

Sejumlah peruntukan juga dikhususkan untuk menggalakkan penjaja kecil aktif dalam pemasaran digital serta melanggan aplikasi pendigitalan perniagaan.

Beliau juga mengumumkan Skim Perubatan Madani akan diperluaskan pelaksanaannya ke tujuh negeri lagi.

Tambah beliau, ia melibatkan bandar dengan kependudukan tinggi seperti Klang, Johor Bahru dan Kuching.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com