Sunday, 28, April, 2024
Utama Politik Shaiful Hazizy calon BN di DUN Tanjung Dawai

Shaiful Hazizy calon BN di DUN Tanjung Dawai

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah.

Perkara tersebut disahkan oleh Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, yang juga Setiausaha Agung UMNO menerusi Facebook rasminya pada Isnin.

“Dengan mandat yang diamanahkan oleh Pengerusi BN, maka diumumkan calon bagi kerusi DUN N26 Tanjung Dawai, Kedah, Barisan Nasional ialah Dato’ Shaiful Hazizy Zainol Abidin. 

“Ini menggenapkan jumlah keseluruhan 108 kerusi yang bakal ditandingi oleh Barisan Nasional dalam Pilihanraya Negeri (PRN) di enam negeri,” katanya.

Tambahnya, Beliau juga mewakili BN merakamkan penghargaan kepada Pakatan Harapan, atas semangat perpaduan memberikan laluan kepada BN untuk bertanding di kerusi Dun tersebut.

“Kepada Allah Kita Berserah. Mudah-mudahan diberikan kemenangan oleh Allah jua,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com