Friday, 17, May, 2024
Utama Nasional Kerajaan nafi personal elaun Madani

Kerajaan nafi personal elaun Madani

oleh admin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menafikan kerajaan akan memperkenalkan ‘Elaun Madani’ dengan pembayaran minimum sebanyak RM800 kepada penjawat awam.

Menurut kementerian berkenaan, poster yang ditularkan di media sosial adalah palsu.

Kementerian Kewangan menegaskan bahawa maklumat mengenai ‘Elaun Madani’ kepada semua kakitangan awam adalah palsu.

“Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini di media sosial.

“Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul. Tidak pasti, jangan kongsi,” katanya dalam kenyataan.

Poster yang ditularkan di media sosial tersebut memaparkan foto Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan logo Malaysia Madani.

Menurut poster tersebut, kerajaan akan memansuhkan elaun sara hidup dan bayaran insentif.

Bagi meraikan kesamarataan antara negeri kerajaan akan mewujudkan elaun baru yang dikenali sebagai ‘Elaun Madani’.

Menurut poster itu penjawat awam akan mendapat bayaran minimum sebanyak RM800.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com