Saturday, 27, April, 2024
Utama Nasional Kerajaan serius perkasa landskap pelaburan negara

Kerajaan serius perkasa landskap pelaburan negara

oleh admin

KUALA LUMPUR – Kerajaan serius untuk terus menambah baik dan memperkasa ekosistem serta landskap pelaburan negara bagi mengekal dan menggalakkan lagi pelaburan langsung asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam telah menyampaikan Pas Pelabur Strategik dan Pekerja Nomad Digital dalam sektor pembuatan.

“Ia bertujuan menyemarakkan kemasukan pelaburan berkualiti dan mobiliti profesional digital dalam negara.

“Terima kasih atas koordinasi yang baik antara MITI, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Komunikasi dan Digital, Jabatan Imigresen Malaysia, Malaysia Investment Development Authority (MIDA), Talent Corporation, dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

“Semoga ekonomi Malaysia terus makmur dan mapan,” katanya menerusi Facebook beliau semalam.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com