Monday, 29, April, 2024
Utama Nasional Kerajaan sedia bantu keluarga Muhamad Hafiz – Steven

Kerajaan sedia bantu keluarga Muhamad Hafiz – Steven

oleh Ammar Haziq

SUNGAI PETANI – Kerajaan bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, bagi membantu meringankan beban keluarganya.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata, pihaknya juga bersedia membantu sebarang urusan keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz di Kuala Lumpur.

Menurutnya, beliau hadir mewakili Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk ziarah dan menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa.

“Kalau ahli keluarga nak ambil barang-barang arwah di Kuala Lumpur atau perlukan apa-apa bantuan, saya sudah beritahu bapa mangsa (Muhamad Salleh Othman) boleh hubungi saya atau mana-mana wakil kerajaan,” katanya semasa ditemui selepas selesai pengebumian jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Huda Kampung Jerong pada Sabtu.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Timbalan Menteri Kesihatan, Steven Sim Chee Keong dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Bau Wong Bau Ek.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com