Thursday, 16, May, 2024
Utama Nasional Keluarga mohon henti sebar gambar, video tragedi

Keluarga mohon henti sebar gambar, video tragedi

oleh Ammar Haziq

SUNGAI PETANI – Keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, yang terlibat dalam nahas sebuah pesawat ringan di Persiaran Elmina, Shah Alam, mohon orang ramai berhenti menyebarkan gambar dan video kejadian itu di media sosial.

Adik Allahyarham, Noorhidayah Saleh, 30, berharap semua pihak memahami dan menghormati perasaan mereka sekeluarga yang kehilangan abang sulung dalam tragedi tersebut.


“Saya nak mintak tolong jasa baik seluruh rakyat Malaysia yang masih menyebarkan gambar video abang saya saya mohon sangat-sangat tolong lah padam dan hentikan sebar kita tak tahu yang Allah nak jemput dia dengan cara macam tu.

“Minta jaga perasaan keluarga sebab kami sebenarnya masih terkejut sebab dia abang sulung kan masih terkejut jadi minta sangat-sangat kepada semua rakyat Malaysia tolong lah henti sebarkan gambar video abang saya tu dan yang seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan abang saya tak henti-henti saya ucap terima kasih banyak banyak semoga Allah membalas jasa baik kalian,” katanya.

Noorhidayah ditemui selepas selesai pengebumian jenazah Muhamad Hafiz di Tanah Perkuburan Masjid Al-Huda Kampung Jerung, pada Sabtu.

Dalam klip video itu, Allahyarham sempat menyebut ‘Allahuakbar’ sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Dalam pada itu, dia turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu bermula dari hari kejadian sehingga selesai pengebumian jenazah.

Penghantar makanan itu merupakan jenazah pertama yang sah dikenalpasti identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Jenazah kemudiannya telah dimandi dan dikafankan oleh petugas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berdekatan HTAR sebelum dituntut oleh bapanya, Muhamad Salleh, 57, pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

Serahan jenazah allahyarham dibuat selepas sidang akhbar oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan identiti mangsa dan kebenaran tuntutan jenazah kepada keluarga.

Nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam, kelmarin mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Muhamad Hafiz yang juga anak sulung daripada lima beradik adalah pekerja p-hailing yang kebetulan lalu di lokasi kejadian dan menjadi antara 10 mangsa yang maut dalam nahas tersebut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com