Sunday, 5, May, 2024
Utama Nasional PM umum penambahan 1 bilion unit Amanah Hartanah Bumiputera

PM umum penambahan 1 bilion unit Amanah Hartanah Bumiputera

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penambahan satu bilion unit saham Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk ditawarkan bagi langganan umum.

Beliau berkata, ia sekali gus meningkatkan komitmen Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) untuk memberikan peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera untuk mempunyai pemilikan benefisial ke atas pasaran hartanah di lokasi-lokasi utama.

“Hari ini saya luncurkan satu bilion skim tambahan AHB, ini merupakan lonjakan yang agak besar, meningkatkan saiznya menjadi lima bilion unit,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Unit Tambahan Dana AHB, di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi Yayasan AHB (YAHB) berkata, jumlah pelaburan maksimum yang sebelum ini dihadkan kepada RM500,000 kini dinaikkan kepada RM1 juta bagi pelabur individu.

Unit tambahan yang diumumkan Perdana Menteri itu adalah hasil suntikan daripada aset terkini PHB iaitu Hospital Pakar KPJ Damansara 2, Mariborough College di Iskandar Puteri dan penilaian semula bangunan Menara 1 Sentrum di ibu negara, Wisma Consplant, Subang Jaya dan Maersk Warehouse, yang dulu dikenali LF Logistics Warehouse, Shah Alam.

Penambahan dana itu menawarkan peluang kepada bumiputera untuk menyimpan dan melabur terutamanya sebagai perancangan persaraan.

Sementara itu, Pengerusi PHB, Tan Sri Ahmad Nizam Salleh ketika berucap pada majlis sama memberitahu, orang ramai yang berminat untuk melanggan unit AHB itu boleh ke mana-mana cawangan pengedar sah PHB di seluruh negara termasuk di Maybank, Ambank Islamic dan Bank Islam.

Beliau memberitahum pelaburan minimum ditetapkan pada pada kadar RM100 bagi setiap individu sementara jumlah maksimum adalah RM500,000.

“Mereka juga boleh menyemak pegangan unit semasa, melanggan unit baharu atau menebus unit sedia ada melalui aplikasi myAHB,” tambahnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com