Friday, 3, May, 2024
Utama Umum PM dibenarkan keluar hospital hari ini

PM dibenarkan keluar hospital hari ini

oleh admin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini selepas menjalani prosedur pembedahan kecil gigi semalam.

Anwar dilihat meninggalkan pekarangan HKL pada jam 9.39 pagi tadi, diiringi anggota dan pegawai keselamatan.

Semalam, Anwar memaklumkan beliau menjalani prosedur pembedahan kecil gigi di HKL dan pasukan perubatan menasihatinya untuk berada di hospital sehingga esok pagi

Katanya buat masa ini saya masih dalam pemantauan pasukan perubatan dan atas nasihat mereka saya perlu berada di hospital sehingga esok pagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com