Tuesday, 30, April, 2024
Utama Nasional Negara perlu sedia tenaga mahir bagi memenuhi permintaan FDI

Negara perlu sedia tenaga mahir bagi memenuhi permintaan FDI

oleh admin

KUALA LUMPUR – Persiapan dalam dari segi kemahiran perlu diperkasakan bagi memenuhi permintaan syarikat menerusi pelaburan langsung asing (FDI) di negara ini

Ahli Ekonomi,Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata antara sebab utama pelabur melabur di Malaysia adalah kehadiran tenaga kerja mahir.

“Sememangnya sesuatu pelaburan terutamanya FDI yang besar akan mengambil masa untuk siap dan kemudiannya membuka peluang pekerjaan. Apa yang penting ialah persiapan dari segi kemahiran perlu ada untuk memenuhi permintaan syarikat ini nanti.

“Sesungguhnya antara sebab utama pelabur melabur di Malaysia atau di mana-mana ialah kehadiran tenaga kerja mahir. Kalau tak cukup tenaga mahir, syarikat tidak akan mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia,” katanya ketika ditemui bual media.

Dalam pada itu beliau turut menyentuh soal ramai remaja Melayu yang tidak menyambung pelajaran atau latihan kemahiran selepas meninggalkan sekolah adalah sangat membimbangkan.

Katanya, penyertaan di dalam ekonomi gig atau media sosial bukanlah satu kerjaya atau pun keusahawanan yang boleh berkekalan.

“Memang betul fenomena pendigitan termasuk kecerdasan buatan (AI) akan mengubah sifat pekerjaan dengan cara yang ketara, yang akan memupuskan pelbagai jenis pekerjaan.

“Tetapi apa yang jelas ialah mereka yang langsung tidak mempunyai kemahiran khusus atau pendidikan lanjutan akan dihukum dengan keras nanti.

“Oleh sebab itulah itu Ekonomi Madani menekankan aspek kemasyarakatan untuk memperolehi hasil ekonomi. Semoga sikap yg sentiasa memperbaiki diri, belajar sepanjang hayat berleluasa di kalangan rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com