Friday, 3, May, 2024
Utama Umum KJ pertahan Anwar Islamkan saudara baharu

KJ pertahan Anwar Islamkan saudara baharu

oleh admin

SHAH ALAM – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengislamkan saudara baharu baru-baru ini mendapat reaksi yang baik daripada pelbagai pihak termasuk bekas pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, menjadi seorang Perdana Menteri tidak membuatkan Anwar berhenti menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang beragama Islam.

Katanya, perkara itu telah dirujuk dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengesahkan tindakan Anwar tidak menjadi satu kesalahan.

“Mana-mana orang Islam boleh mengislamkan saudara baharu…boleh membantu saudara baru ucapkan dua kalimah syahadah. Saya rujuk pada Ustaz Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Saya tanya bolehkah mana-mana Muslim Islamkan orang yang nak memeluk agama Islam… dia kata boleh.

“Malah jadi tanggungjawab kita orang Islam kalau orang tu nak masuk Islam tanpa paksaan…kita lafazkan dua kalimah syahadah bersama dengan dia (saudara baharu)…dia (Zulkifli) kata lepas tu daftarlah dengan jabatan agama negeri berkenaan,” katanya menerusi Program Keluar Sekejap disiarkan di Youtube semalam.

Beliau berkata demikian, sebagai respons kepada pelbagai reaksi di sosial media berhubung tindakan Anwar itu, termasuk yang berpandangan ia sebagai cubaan Anwar membina naratif 3R untuk mendapatkan sokongan orang Melayu khususnya selepas pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

Khairy pada masa sama menegaskan, masyarakat wajar untuk mengkritik Anwar tentang perkara-perkara lain namun tidak mengenai agama Islam.

“Boleh kritik PMX tentang perkara lain tapi bukan tentang ini.

“Kalau orang cakap dekat saya pun, saya akan ucapkan syahadah bersama dia,” katanya.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan juga senada mengenai perkara itu.

“Apa pun pandangan, Malaysia not a fully circular country. Kita ada (Islam) sebagai agama Persekutuan, Yang Dipertuan Agong juga ketua agama Islam.

“Jadi ada perkara-perkara yang lebih kepada untuk memastikan bahawa agama Islam ada pemerkasaannya,” katanya.

Jumaat lalu, Anwar dilapor mengajar ucapan kalimah syahadah kepada seorang lelaki yang baru memeluk Islam.

Acara itu dijalankan di Masjid Ar-Rahimiah, Klang selepas beliau menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di kawasan sekitar.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com