Saturday, 4, May, 2024
Utama Sukan Peluang Sang Kenari beraksi di Asia

Peluang Sang Kenari beraksi di Asia

oleh Ammar Haziq

Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman (KDA) FC, Khamal Idris Ali melihat pasukan tersebut mempunyai peluang untuk ke Asia pada tahun 2024 jika berjaya mengekalkan prestasi semasa.

Menurutnya, kejayaan Sang Kenari mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-3 pada saingan ke-21 Liga Super 2023 pada Sabtu membuktikan pasukan itu berada pada landasan tepat.

“Kalau ikut pada situasi semasa, kita mempunyai peluang untuk mendapat tempat kedua dalam liga tetapi bagaimana cara kita bergerak ke arah itu dalam tempoh lima perlawanan dan kita akan bertemu Selangor di Alor Setar.

“Tetapi kalau momentum ini kita bawa, kita boleh beri saingan dengan disiplin yang baik tidak mustahil kita mampu capai sasaran ke kejohanan Asia,” katanya.

Tambah Khamal Idris, atas kebangkitan yang dipamerkan oleh Sang Kenari, pengurusan berbesar hati untuk memberikan penghargaan kepada pemainnya.

“Di pihak kita memang kalau menentang JDT ada bahagian berbeza dari pasukan-pasukan lain. Selalunya bonus kita bagi jika menang sahaja, tetapi kita bagi juga bonus walaupun seri sebagai tanda penghargaan buat pemain.

“Terima kasih kepada pemain kerana mengikut arahan jurulatih dan terkejut juga dengan persembahan yang diberikan jika dibandingkan dengan pasukan lain dan syukur kita dapat keputusan yang baik, katanya dalam sidang media khas selepas perlawanan,” ujar beliau lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com