Thursday, 2, May, 2024
Utama Nasional PM jamin Kerajaan Perpaduan pertahan hak setiap rakyat

PM jamin Kerajaan Perpaduan pertahan hak setiap rakyat

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan akan pertahankan hak setiap rakyat di negara ini.

Beliau menegaskan sebarang usaha yang mungkin melemahkan semangat kejituan dan perpaduan dalam rakyat pelbagai kaum harus dihindari.

Menurutnya, sejarah membuktikan hancurnya tamadun sesebuah negara bukan sahaja kerana tata kelola dan rasuah, bahkan api perkauman dan kefanatikan agama yang dimainkan.

“Negara ini tegak dulunya, tegak sekarang dan InsyaAllah akan terus tegak hebat dengan memperakui kontrak sosial antara semua kaum dan jaminan semua bahawa hak setiap warganegara mengamalkan agama mereka, memuliakan budaya mereka termasuk suku kaum mereka tetap dipertahankan.

“Insya-Allah Kerajaan Perpaduan dengan negara MADANI akan mempertahankan hak setiap rakyat di bumi bertuah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Hari Kebangsaan 2023 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, pada Rabu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com